Social Icons

Pages

Atika Beauty Keputihan


KEPUTIHAN – Bagaimana Cegah & merawat???..

Masalah keputihan ada kalanya mengganggu kesihatan seorang wanita. Apatah lagi jika keputihan yang berbau, warna bertukar kehijauan, rasa gatal-gatal di vagina dan pelbagai masalah lain akan timbul sekiranya tidak dirawat segera. Ramai yang menganggap keputihan disebabkan oleh cuaca yang panas. Sebenarnya ia berpunca dari jangkitan kuman-kuman tertentu. Alat sulit yang tidak dijaga sepenuhnya akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual.

Apa itu keputihan???..
“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya.”
Keputihan terbahagi kepada dua:

1. Keputihan normal
Ia dikatakan sebagai normal apabila faraj yang mengeluarkan lendir yang tidak berwarna dan tidak berbau. Ia berfungsi sebagai pelindung semulajadi dengan cara mengurangkan geseran dinding faraj semasa berjalan dan ketika saat melakukan hubungan seks.

2. Keputihan tidak normal
Ia berlaku apabila keputihan yang keluar terlalu banyak perubahan pada warna, bau dan rasa gatal. Lendir menjadi kekuningan sehingga kehijauan, rasa gatal,luka bibir faraj,terlalu kental dan berbau. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor selanjutnya.
Penyebab Keputihan
Keputihan terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya ialah -
Di masa subur :-
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Saat menerima rangsangan seksual :-    Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Stress :-
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Penyakit dalaman :-
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid dan kelelahan juga mengakibat ketidak seimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit keputihan.
Pengambilan  antibiotik dalam waktu lama

Bagaimana Pencegahan & Rawatan Keputihan??..
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.
Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan anda. Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak kepada pasangan anda. Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet.
keputihan Atika Beauty sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dalaman dan luaran wanita. Apatah lagi dengan masalah yang berkaitan bahagian keintiman sebegini. Jangan biarkan ia berlarutan kerana ia akan mengundang pelbagai masalah lain pada masa akan datang.

Melalui produk KEPUTIHAN Insya Allah segala masalah yang membelenggu anda akan dapat diselesaikan. Hakikatnya yang kita perlu tahu, bahagian intim wanita sangat mudah terkena jangkitan bakteria .

Harga : RM45
Code : KPAB - 13

Sebarang pertanyaan -
Call/sms/whspp - 019-9555 099 

No comments :

Post a Comment